Monday, 16 January 2012

wo ai ne...ne ai wo???

Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..
Kenapa mahu sesal..cinta tukan indah??kita yang mencari..banyak sebabnya..
"Tiada terfikir,                                  
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"

cinta bukan sekadar suka-suka untuk mengisi kekosongan hati..cinta juga bukan budaya yang perlu dipenuhi untuk nampak macho atau sbagainya..ne satu realiti..kawan ada bf kita pon nak..wajib k??..fikirlah..jika pernikahan  yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.tapi ramai takyakin kan..selalu je dengar orang cakap "gaji ciput macam mna nak bela anak orang"..bagi yang yakin Allah itu ada..Dia la yang memberi rezeki..takkan sekali-kali melengahkan benda yang baik ne..percaya tak..perkahwinan tu rezeki..ramai kawan-kawan saya yang tak de kerja ataupun kerja gaji ciput je..tapi berusaha untuk mengikat ikatan yang sah bersama pasangannya..Allhamdullilah...rezeki tiba2 datang mencurah2..kita tak akan tahu dan takkan terduga bahkan diluar janggkaan akal kita..ini dapat dibuktikan lagi dengan ayat dari surah al-talaq ayat 2 dan 3..ayat ne famous sebagai ayat seribu dinar....baca la selalu... 
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu...kerana Allah dah tetapkan jodoh kita sejak kita umur 4 bulan lagi...buktinya da ja dalam surat yassin dalam ayat 36..hurm..nak bagi tahu ayat 36 surah yasin juga boleh dikira sebagai ayat jodoh tau..so bagi yang tak de teman lagi dan sedang mencari tu..banyakkan la baca ayat ne....kita berusaha kan..tak yah la g cari bomoh nk buat ubat pengasih...sebab cinta yang berlandaskan sihir ne takkan kekal..sebab cinta dari Allah..minta la dengan tuan yang empunya..kan3
Apa yang pasti..jaganlah terlalu mengaggungkan cinta..kerana cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T...
wassalam...

1 comment: