Terasa damai hati ini bila terkenangkan sesuatu..teringin sangat nak meluahkan
perasaan yang dah lama terbuku dihati..tapi terasa tak mampu. Takut tersilap
bicara hati dan perasaan binasa. kerana aku hanya seorang perempuan
biasa yang tidak punya apa-apa. hanya doa yang yang mampu dan mengharap
segala yang diimpikan termakbul dan diredhai..rasanya sudah lama disimpan
.tapi tahun ini adalah tahun dugaan ,tahun yang menguji perasaan dan
kesabaran. mulut hanya mampu berdiam tanpa sepatah perkataan
. tapi doa tak pernah putus memohon dan meminta supaya Dia
pekenankan... YaAllah..semakin banyak mimpi dan petanda yang
kudapat, tapi takdapat dipastikan kerana mimpi itu selalunya mainan
perasaan.kerana aku hanya manusia biasa yang tak mampu menjaga
hati dengan perkara-perkara yang dilarang sudah tentu mimpi
susah nk percaya. petunjuk...??? aku tak pasti sebab mungkin
juga hanya kebetulan..tapi hati berat menyatakan jawapan......
✿..JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah..adakalanya
,
kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..mimpi adalah mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan
BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,
insyaAllah dengan izinNya kita
mendapat mimpi petunjuk..kadangkala petunjuk dalam bentuk
RASA HATI..jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..jika tidak,
TOLAKLAH dia
dengan BAIK..✿
>>> Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..jangan pinggirkan Allah kerana
Dia yang mengurniakan rasa cinta..jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi
PANDUAN untuk bercinta..♥♥