Tuesday 7 August 2012

ramadhan

Ramadhan..banyak sangat kelebihan Ramadhan ..
tadi masa pergi pusat rawatan Islam Darul Hikmah terpandang satu hadis nabi
ini hadis sahih..tpi tak ingat siapa yang meriwayatnya dan perawinya..yang mengatakan..Syaitan masuk dalam tubuh manusia melalui saluran darah..maka sempitkanlah saluran darah itu dengan berpuasa..
Hurm hari ne baru aku terpandang ayat tu..padahal sejak tahun 2010 aku dah pernah pergi sana tapi tak nampak pulak ayat tu..tpi sangat berguan..boleh dijadikan salah satu cara atau pendiding kita untuk melawan sihir..then terdetik dekat hati..patutla tak ramai pesakit datang hari ini....kerana pusat rawatan Islam pun seperti klinik cuma tak da ubat biji dan ubat cecair yang warna-warni tu..semua pesakit akan dibekalkan ayat-ayat ruqyah..kalau hari-hari biasa pusat rawatan Islam agak sibuk..sana -sini petugasnya sibuk mengendalikan pesakit..tak kisah la kena sihir, saka, atau demam, kanser , dll...kerana ayat Al-quran itu ada lah penawar bgi segala jenis penyakit..terutamanya penyakit yang berkaitan hati..percaya atau tidak..bagi yang putus cinta yang stress teruk tu..dekat-dekatlah diri dengan ayat2 al-quran..lebih tepat lagi..dekatkan lah diri dengan cinta Agung kita..nescaya..kita mampu meraih ketenangan yang lebih hebat dari masa bercinta...^^...

No comments:

Post a Comment